Membawang Hari Ini

Isu Sajat Remeh – Mufti Perlis

KANGAR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berpendapat isu usahawan sensasi, Nur Sajat yang bertelekung sewaktu mengerjakan umrah di Makkah sebagai perkara remeh yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat untuk dibincangkan secara meluas.

Sehubungan itu, Mohd Asri berkata, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman hanya perlu dinasihati berbanding perkara terbabit dibincangkan oleh semua pihak dengan meluas.

Perkara ini remeh hingga tidak mendatangkan manfaat kepada perkembangan ekonomi negara dan mengembangkan pemikiran rakyat.

Kita nasihatkan dia (Nur Sajat) sahajalah, rahmat Tuhan itu luas dan mudah-mudahan dengan bermacam peristiwa dan pengalamannya di Makkah, dia berubah.

“Itu sahajalah harapan saya dan kita mendoakan dia untuk kembali ke pangkal jalan kerana kadang-kadang setiap orang ada kesukaran dalam dirinya sendiri sehingga terperangkap dengan bermacam keadaan,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Mohd Asri berkata, orang ramai tidak perlu menyibukkan diri dengan sesuatu berita seperti seorang lelaki memakai telekung dan bersembahyang di kawasan wanita sehingga semua orang nak membincangkan mengenainya kerana tidak langsung membantu perkembangan ekonomi dan pendidikan negara kita.

Mohd Asri berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perlis (MAIPs) – Pusat Dialisis HTF.

Pada majlis berkenaan, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan untuk menyaksikan majlis menandatangani persefahaman antara Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah HTF, Dr Othman Warijo.

Bangunan yang bernilai RM6 juta itu mula dibina pada April tahun 2018 mampu menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis kedua kepada pesakit buah pinggang selepas Pusat Dialisis HTF sedia ada.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata beliau secara peribadi tidak tahu motif Nur Sajat yang memakai telekung dan bersolat di kawasan wanita sewaktu mengerjakan umrah.

“Kadang-kadang sesetengah orang ini ada cara dia dalam mencari publisiti khususnya dalam perniagaan tetapi saya pun tak tahu apa niat sebenar dia dengan bertindak sedemikian.

“Apapun kita nasihatkan dia, kita kata itu satu tindakan yang salah kepadanya,” katanya.

Menurutnya, melakukan kejahatan di Makkah bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana di sana juga ada penipu umrah, penipu jualan barangan dan pihak yang menipu kemudian membawa lari hajarul aswad selama 20 tahun ke negara mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");