Perak Hari Ini

Jangka Sebarang Keputusan Dalam Tempoh Terdekat- Exco

IPOH- Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen di Hotel Sheraton bermula pada 8 malam semalam menjadi tumpuan media serta penyokong parti-parti politik iaitu UMNO, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan sebahagian penyokong PKR.

Dalam satu laporan berkata, perkara tersebut menunjukkan bahawa kesepakatan sudah dicapai dan ia bukan lagi cakap kosong mana-mana pihak yang mana akan membabitkan perubahan di beberapa negeri iaitu Kedah dan Perak.

Namun begitu menurut Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri, beliau tiada sebarang maklumat tentang isu yang berlaku semalam.

“Saya tiada maklumat yang banyak tentang isu yang berlaku semalam, jadi saya tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku berlaku setakat ini.

“Kita tengok lah apa perkembangan dalam satu ke dua hari ini ataupun dalam minggu ini.

“Saya tidak pasti bilakah keputusan akan diumumkan tetapi ianya dalam tempoh yang terdekat dan ini hanya jangkaan,” katanya ketika di temui media di RTM Perak, hari ini.

Abdul Yunus yang juga ADUN Kuala Kurau berkata, beliau turut berada Petaling Jaya pada nalam semalam namun hanya bertindak sebagai pemerhati.

“Ya saya ada disana tetapi bertindak sebagai pemerhati dan difahamkan yang terlibat hanyalah ahli parlimen sahaja, jadi saya datang sebagai pemerhati untuk melihat apakah yang berlaku di sana,” katanya.

Menjelaskan perkembangan mengenai perkara yang berlaku semalam, katanya tiada sebarang arahan khusus kepada Adun.

“Kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa dan saya sebagai Exco dan wakil rakyat akan melaksanakan tugasan seperti biasa.

“Pada jam 9.00 pagi saya sudah masuk ke pejabat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");