Berita Hari Ini

PM Tun Dr Mahathir Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri hari ini.

Menurut Bernama, perkara itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan.

“Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh hari ini.

“Surat itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada pukul 1.00 tengah hari,” menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat Malaysia pada 16 Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun.

Beliau dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden.

Berdasarkan biografi dalam laman web Pejabat Perdana Menteri, Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Bagaimanapun pada 2016, Dr Mahathir muncul kembali di alam politik apabila beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menandingi Barisan Nasional (BN).

Pada 2018, dalam satu kejutan politik, BERSATU dan parti-parti bersekutunya, memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pada usia 93 tahun, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");