Berita Hari Ini

Joanna Yu sering berkomunikasi dengan Nik Faisal berhubung akaun Najib, kata saksi

BEKAS pengurus perhubungan AmBank Joana Yu sering berhubung dengan bekas pegawai eksekutif (CEO) SRC International Nik Faisal Ariff Kamil apabila melibatkan akaun Najib Razak, demikian mahkamah tinggi diberitahu hari ini.

Yu, yang sebelum ini merupakan saksi pendakwaan kes perbicaraan SRC International, pernah mengendalikan akaun AmBank SRC International, akaun anak syarikatnya Gandingan Mentari Bhd dan akaun bekas perdana menteri itu.

“Saya tidak pasti bagaimana akaun ini diletakkan di bawah tanggungjawab Joanna Yu tetapi kami melihat klien yang berurusan dengan AmBank sebagai satu pasukan,” kata bekas pengurus perhubungan AmBank Krystle Yap hari ini.

Wanita berusia 33 tahun itu yang merupakan saksi kedua pihak defendan berkata beliau memegang jawatan pengurus perhubungan di bank itu pada Mei 2014 selepas menerima arahan daripada Yu dan seorang lagi pegawai yang lebih senior, Daniel Lee.

Berhubung akaun Najib yang berakhir dengan nombor 880, 906 dan 898, Yap berkata beliau tidak mengendalikannya secara peribadi dengan Ahli Parlimen Pekan atau Nik Faisal yang merupakan pemegang mandat akaun Najib.

“Saya menghantar emel kepada Nik Faisal apabila diarahkan berbuat demikian oleh Joanna Yu,” kata Yap.

Najib didakwa mempunyai kaitan dengan pinjaman RM4 bilion yang diberikan kepada SRC International pada 2011 dan 2012 apabila beliau dituduh menerima RM42 juta pada Disember 2014 dan Februari 2015 daripada pinjaman itu.

Apabila membaca keterangan saksi di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Yap disoal oleh peguam bela Farhan berhubung peranan Nik Faisal terhadap akaun Najib.

Yap: Saya dimaklumkan bahawa beliau (Nik Faisal) mempunyai kuasa untuk berurusan dengan bank apabila melibatkan semua akaun ini.

Farhan: Siapa maklumkan kepada anda tentang perkara ini?

Yap: Joanna Yu. Saya juga percaya terdapat surat bertulis dari pemegang akaun untuk memberi kuasa kepada Nik Faisal.

Yab berkata beliau juga berurusan dengan bekas pengarah eksekutif kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Terence Geh dan bekas ketua pegawai kewangan SRC International See Yoke Peng melibatkan SRC International.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");