Berita Hari Ini

Kanak-Kanak China Individu Pertama Disahkan Pulih Koronavirus Di Malaysia

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak warganegara China yang sebelum ini dilaporkan positif koronavirus novel 2019 (2019-nCoV) dan dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi kini disahkan sihat dan dibenarkan pulang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dicapai selepas hasil ujian pengesanan ulangan 2019-nCoV yang dijalankan ke atas kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun itu sebanyak 2 kali dan didapati ia negatif.

“Beliau kini berada dalam keadaan sihat dan sudah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Menurut laporan FMT, Noor Hisham berkata, keputusan positif itu menunjukkan jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak kes lain yang dilaporkan di China.

“Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat,” katanya.

Tambah Noor Hisham, beliau mewakili Kementerian Kesihatan mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha yang memberikan rawatan dan pemantauan rapi sehingga kanak-kanak ini sihat dan dibenarkan pulang.

Kanak-kanak itu dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Sultanah Maliha pada 29 Jan lalu, selepas didapati positif jangkitan 2019-nCoV.

Kes melibatkan kanak-kanak itu merupakan 1 daripada 10 kes yang didapati positif virus itu di negara ini dengan 9 daripadanya merupakan warganegara China, manakala seorang lagi warga tempatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");