Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Komited Pastikan Institusi Islam Bergerak Aktif

IPOH: Kerajaan Perak telah menyediakan beberapa insentif baru pada tahun ini bagi memastikan institusi Islam di negeri ini terus bergerak aktif.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Asmuni Awi berkata, ia merupakan usaha Kerajaan Perak dalam melahirkan lebih ramai pendakwah dan ilmuan Islam di negeri ini.

Selain peruntukan RM5 juta bagi Program Bantuan Umrah kepada 1,000 asnaf, katanya kerajaan Perak turut memperuntukan sebanyak RM1.5 juta bagi program Bantuan Wang Saku kepada 3,000 jemaah haji muasaasah.

Katanya lagi, Kerajaan Perak telah memperuntukkan RM500,000 bagi inisiatif baharu Bantuan Pengurusan bagi 25 masjid terpilih seluruh negeri.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM700,00 bagi kos pengurusan dan operasi Bahagian Pengurusan Halal Jabatan di bawah Jabatan Agama Islam Perak serta RM100,000 bagi kos operasi Pondok Warga Emas.

“Kerajaan Perak telah meningkatkan bantuan makanan untuk para pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) daripada RM12 sehari kepada RM20 sehari.

“Selain itu kerajaan negeri juga meneruskan bantuan pembangunan bagi seluruh SMAN, SMTDR, sekolah tahfiz dan pondok swasta serta tidak kurang juga bantuan pembangunan untuk semua masjid dan surau,” katanya.

Pada masa sama, ujar Asmuni di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan telah memperuntukan RM50 juta kepada sekolah-sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat, dan sekola tahfiz persendirian.

Katanya lagi kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi pelaksanaan Dasar ‘Rahmatan Lil Alamin’ dan ‘Maqasid Syariah’ oleh Jabatan Perdana Menteri selain penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam (JKKI).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ijtimak Ilmuan Islam Negeri Perak yang dihadiri Setiausaha Agong Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Prof Dr Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi di Masjid Negeri Perak, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin serta Imam Besar Masjid Negeri Abdul Farid Salleh.

Sementara itu kata Asmuni para ilmuan pada masa kini diseru untuk untuk melahirkan idea-idea dan konsep berdakwah dengan lebih kreatif dan mengikut perubahan zaman semasa.

“Pendekatan dakwah yang kontemporari dan mungkin sesuai dengan ‘madh’u’ seharusnya difikirkan supaya usaha dakwah itu dirasakan hidup dan mampu berkembang,” katanya.

Pada program tersebut, Dr Ali Muhyiddin telah menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Peranan Ulama: Antara Islah dan Musolahah.

Antara intipati ceramah yang diterjemahkan pendakwah, Ahmad Fauwaz Fadzil, ialah seorang pendakwah itu harus mengamal dan menjadi contoh kepada masyarakat sebelum menyampaikan sebarang mesej dakwah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");