Berita Hari Ini

KWSP Jual Hampir 8 Juta Saham AirAsia Pada Januari Dan Februari

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjual hampir 8 juta saham AirAsia Group Berhad sehari sebelum tuduhan terbabit rasuah berkenaan pengeluar pesawat Eropah, Airbus.

Portal Malay Mail dalam satu laporan yang memetik kenyataan Bursa Malaysia berkata urus niaga itu dibuat pada 28 Januari lalu dan semalam.

Dilaporkan sebanyak 7.43 juta saham dijual pada 28 Januari dan baki 492,500 saham pada 28 Januari berdasarkan dua pemfailan berasingan di Bursa Malaysia.

Selepas penjualan itu, KWSP yang mempunyai aset di luar negara yang mencecah RM1 trilion, masih mempunyai 210.4 juta saham yang mewakili 6.29 peratus kepentingan dalam AirAsia Group Berhad.

Sebuah portal berita luar negara melaporkan dengan mendakwa Airbus membayar RM204 juta dan menawarkan RM225 juta lagi untuk menaja sebuah pasukan sukan yang mempunyai kaitan dengan dua individu berpengaruh di AirAsia and AirAsiaX.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian dilaporkan telah mengesahkan sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes melepaskan jawatan eksekutifnya selama dua bulan dalam syarikat penerbangaan itu berkuatkuasa serta-merta untuk membantu siasatan berkenaan dakwaan salah laku dalam urusniaga dengan Airbus.

Turut melepaskan jawatan ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun yang turut berkuatkuasa serta-merta.

Mereka bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dengan tuduhan rasuah yang membabitkan syarikat penerbangan itu dengan Airbus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");