Berita Hari Ini

Lapor Polis Jika Cemar Nama Polis Marin

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman akan membuat laporan polis jika wujud tohmahan dan agenda daripada pihak tertentu mahu mencemarkan nama baik Pasukan Polis Marin (PPM) susulan kes penahanan anggota pasukan itu.

Ia susulan lapan anggota PPM berpangkat Koperal serta Sarjan dan seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, di Pangkalan PPM Port Klang, kelmarin, disyaki terbabit kes rasuah.

Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya akan membuat laporan jika pihaknya mendapati wujud unsur tohmahan berdasarkan siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“KDNKA bersedia memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan memberi jaminan siasatan kes ini akan dijalankan secara telus dan teliti tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Kita juga sentiasa mengingatkan semua pegawai dan anggota bertugas di lapangan supaya memberi penekanan kepada fokus utama Ketua Polis Negara (Tan Sri Abdul Hamid Bador) bagi meningkatkan integriti serta akauntabiliti ketika bertugas.

“Pada masa sama, PPM akan kekal komited dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan yang merugikan negara,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat, lapor BH Online.

Dalam operasi di Rompin Pahang pada 19 Jun tahun lalu, PPM merampas 279,000 karton rokok seludup bernilai RM4.8 juta selepas menahan tiga lelaki.

Beberapa pegawai dan anggota PPM dipercayai meminta wang rasuah sebanyak RM500,000 daripada pemilik barangan seludup serta pemandu lori berkenaan.

Namun, pemilik terbabit gagal memberi wang diminta menyebabkan barang seludup itu dirampas.

Semua barangan rampasan itu dibawa dan disimpan di PPM Port Klang sebagai bahan bukti siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");