Sukan Hari Ini

Ancelotti Mahu Sekat Liverpool Menang Gelaran Liga Perdana Di Everton

LONDON: Carlo Ancelotti berazam untuk menyekat Liverpool menang gelaran di Goodison Park ketika dia mengakui skuad kendalian Jurgen Klopp akan menang Liga Perdana musim ini.

Menurut BH Online, Pengurus Everton itu yang bercakap menjelang pertemuan dengan Crystal Palace malam ini, ditanya mengenai kemungkinan skuad Klopp memastikan gelaran sulung Liga Perdana di laman pencabar tetangga itu.

Namun Ancelotti berjenaka bahawa ‘banyak lagi stadium lain’ mereka boleh mengesahkan kemenangan.

“Liverpool akan menang Liga Perdana,” kata pengurus dari Itali itu.

“Saya harap tidak di Goodison Park. Banyak lagi stadium lain. Kenapa di Goodison Park?”

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada saingan tetangga Merseyside dekat Goodison Park pada 16 Mac dan berdasarkan mata, Liverpool berpotensi meraih gelran itu di sana, sesuatu yang menjengkelkan penyokong Everton.

Skuad Klopp kini 22 mata lebih banyak berbanding pencabar terdekat, Manchester City dan akan menang saingan liga utama pertama sejak 1990.

Mereka hanya perlu 18 mata daripada baiki saingan untuk meraih gelaran berkenaan.

Pengutan mata itu boleh emmbawa mereka hingga 21 Mac di Anfield berdepan Crystal Palace tetapi sekiranya City mencicirkan lebih banyak mata, Liverpool ada peluang meraih gelaran di tempat lawan iaitu di Everton.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");