Perak Hari Ini

MAPS Ditutup, Kerajaan Perak Giat Tambah Tarikan Terbaru

IPOH: Penutupan Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada industri pelancongan di Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata walau bagaimanapun, Kerajaan Perak telah mempunyai beberapa perancangan alternatif bagi terus merancakkan industri tersebut di negeri ini.

Katanya ia termasuk dengan perancangan-perancangan mewujudkan beberapa tarikan terbaharu sama ada di Bandaraya Ipoh dan di luar daripada kawasan atau daerah tersebut.

“Kita tidak nafikan yang MAPS sepatutnya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke sini kini ditutup, mungkin akan beri kesan kepada pelancongan negeri.

“Namun secara makro, kita akan cuba mewujudkan beberapa pelan atau tarikan terbaharu di sekitar Ipoh dan di luar daripada Ipoh yang kita boleh mengisi kekosongan yang ada pada MAPS.

“Contohnya, dalam tahun ini kita akan ada beberapa projek pembangunan di Ipoh termasuk dengan projek pembinaan ‘Ipoh Light and Sound Show’, Perpustakaan Digital dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya lagi, kerja-kerja projek ‘Ipoh Light and Sound Show’ yang dirancang diwujudkan di Padang Ipoh kini sedang giat dimulakan dan ia dijangka siap pada tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sesi lawatan kerjanya meninjau persiapan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri di Taman Eco Park 1, Bandar Seri Botani, dekat sini, hari ini.

Pada 28 Januari lalu, dilaporkan taman tema yang dibangunkan dengan kos RM520 juta itu terpaksa ditutup sehingga ke satu tarikh yang diumumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young yang telah dilantik sebagai penerima dan pengurus hartanah milik ATP, serta operator MAPS.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");