Berita Hari Ini

Mujahid Kesal Tindakan Sajat

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof kesal dengan ahli perniagaan, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Sajat, yang berpakaian seperti wanita ketika berada di tanah suci ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Mujahid berkata, tindakan Sajat itu menjejaskan imej sebagai seorang lelaki tetapi berpakaian seperti wanita ketika di Makkah.

Katanya, beliau menerima banyak aduan daripada jemaah dan mereka yang menyaksikan perbuatan Sajat itu, dengan berpakaian wanita, usahawan kosmetik itu bergaul dan berada di ruang solat untuk wanita.

“Ini menimbulkan ketidakselesaan daripada banyak aduan oleh jemaah sendiri dan orang yang menyaksikan peristiwa itu tidak berpuas hati. Dia sudah menceroboh ruang yang ditentukan untuk wanita dengan berpakaian serupa.

“Ini sangat menjejaskan imej Islam dan saya amat kesal dengan perbuatannya dan saya masih menunggu laporan yang berkaitan kerana saya difahamkan beliau masih berada di Makkah, belum balik lagi,” katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Maqasid Syariah Kementerian Kesihatan di sini, hari ini, lapor BH Online.

Mujahid berkata, beliau juga sedang mendapatkan maklumat berkenaan agensi pelancongan yang membawa Sajat dan keluarga serta rakannya menunaikan ibadah umrah.

Katanya, beliau kesal berikutan agensi berkenaan seharusnya maklum bahawa Sajat seorang individu yang menimbulkan kontroversi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");