Perak Hari Ini

PDRM Pastikan Sambutan Thaipusam 2020 ‘Zero Accident’

IPOH- Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh penganut beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramanian.

Kira-kira 10,000 ribu pengganut agama Hindu hadir ke Kuil Arul Subramaniam yang terletak di Gunung Cheroh bagi menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran sambutan Thaipusam 2020.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Perak, Senior Asisten Komisioner (SAC), G S Suressh Kumar berkata, pihaknya telah menggerakkan 700 orang petugas untuk memastikan ketenteraman sambutan di kuil berkenaan.

“Bagi kawalan di Ipoh sahaja kita telah gerakkan seramai 700 petugas dengan tujuan untuk memastikan ketenteraman awam kerana ini adalah satu perayaan yang lebih sinonim dengan agama.

“Jadi kami ingin memastikan semua pengganut yang datang berasa selamat dan dapat merayakan Thaipusam bersama-sama keluarga yang tercinta,” katanya kepada media hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Bagaimanapun katanya, keadaan perayaan pada hari ini dilaporkan dalam keadaan aman dan terkawal.

“Setakat ini memang tiada sebarang laporan yang diterima baik dari aspek jenayah ataupun trafik malahan kami yakin dapat menjadikan Thaipusam pada tahun ini ‘zero accident’,” katanya.

Menurut beliau, sambutan Thaipusam bukan sahaja dirayakan di Ipoh tetapi turut dirayakan di Sungai Siput, Taiping dan Tapah yang mana turut diletakkan anggota PDRM bagi mengawal keamaan perayaan berkenaan.

“Jumlah anggota yang di letakkan di Sungai Siput lebih kurang 100 orang, di Tapah seramai 50 orang dan Taiping 85 orang.

“Penugasan adalah memastikan keselamat umum di mana pihak PDRM juga telah melakukan penugasan awal iaitu seminggu sebelum hari kejadian tetapi bagi tugasan intensif dijalankan selama tiga hari bermula dari semalam (Jumaat), hari ini dan akan tamat pada esok (Ahad),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");