Berita Hari Ini

Pelaksanaan PPSMI Belum Muktamad – Dr Wan Azizah

KLANG- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih belum dimuktamadkan.

Beliau berkata ia berikutan perbincangan berhubung perlaksanaannya masih di peringkat awal.

“Perkara itu masih dalam perbincangan awal, keputusan masih belum dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Hokkien Klang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pelaksanaan dasar itu.

Perdana menteri semasa mesyuarat khas bersama Kumpulan Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya Jumaat lepas, menekankan tentang perlunya menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Dr Mahathir, yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan penguasaan bahasa itu dalam sistem pendidikan negara.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");