Berita Hari Ini

PGA Serbu Pondok ‘pesta’ Ketum, Ubat Batuk

PADANG BESAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 Briged Utara menyerbu sebuah pondok di Kampung Batu 20, di sini yang digunakan sekumpulan lelaki bagi mengadakan ‘pesta’ air ketum dan ubat batuk.

Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohd Ji, berkata dalam serbuan pada jam 3.30 pagi semalam, seramai 33 lelaki termasuk 11 warga Thailand berusia antara 19 hingga 67 tahun ditahan.

Katanya, sebanyak 119 bungkusan plastik bersama empat botol berisi air ketum, 17 botol ubat batuk dan sejumlah daun ketum yang dimuatkan dalam 17 gulungan bernilai RM1,725 dirampas.

“Tiga pegawai dan enam anggota Batalion 2 ke pondok berkenaan selepas menerima maklumat terdapat aktiviti tidak sihat di situ.

“Ketika serbuan, kumpulan lelaki terbabit bertempiaran lari, namun sebahagian besar berjaya ditahan oleh PGA,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini, lapor BH Online.

Abdul Ghani berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Kami turut merampas 24 telefon bimbit, 20 motosikal dan empat kad pengenalan lama serta dua pasport Thailand. Semua yang ditahan serta barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");