Panasnya Hari Ini

PH Sokong Tun M Sebagai PM8

PAKATAN Harapan (PH) membuat perubahan dengan mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kelapan.

Sebelum ini, PH memutuskan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Majlis Presiden Pakatan Harapan menerusi kenyataan media hari ini, memaklumkan PH menyokong penuh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri demi mempertahankan perjuangan.

“PH adalah gabungan yang mendapat mandat jelas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“PH bertegas menentang sebarang usaha ‘kerajaan pintu belakang’ terutama membabitkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan, yang akan merosakkan segala usaha reformasi dilaksana sehingga kini,” kata kenyataan itu, lapor Harian Metro.

Dalam kenyataan itu juga, PH akan terus memperjuang manifesto dalam kerajaan dan berpegang teguh kepada prinsip parti.

PH pada sidang media Rabu lalu dilaporkan berkata, parti itu memutuskan menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri, susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad Isnin lalu.

Anwar dilaporkan berkata, PH sudah memohon kepada Dr Mahathir untuk kembali bersama PH tetapi ditolak dengan keengganan Perdana Menteri Interim berkenaan hadir mesyuarat yang diadakan pada Selasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");