Panasnya Hari Ini

PKR Namakan Calon PM Dari PKR

KUALA LUMPUR: PKR menyembahkan nama calon Perdana Menteri kelapan daripada parti itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Menurut BH Online, tanpa menamakan siapa calonnya, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan menamakan pemimpin daripada parti itu sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Calon itulah yang kami namakan dalam dokumen (akuan bersumpah) yang ditandatangani.

“Apa yang saya boleh bagitahu (nama itu) adalah daripada Keadilan (PKR),” katanya ketika ditemui media di sini.

Dalam laporan sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen parti itu menyebut nama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sebaik keluar dari Istana Negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");