Berita Hari Ini
Like

PPSMI Tuntutan Masa Kini

February 1, 2020
267 Views
0 Comments
1 minute read
PPSMI Tuntutan Masa Kini

KOTA KINABALU- Rancangan mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bagi Sains dan Matematik dilihat sebagai sesuatu yang positif.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, mempelajari subjek tertentu dalam bahasa Inggeris adalah satu tuntutan pada masa kini.

“Memang ramai orang menganggap bahawa mengembalikan PPSMI adalah sesuatu yang menyukarkan tetapi mempelajari subjek tertentu dalam bahasa Inggeris adalah tuntutan dunia masa kini.

“Ini kerana terdapatnya istilah tertentu terutamanya subjek Sains dan Matematik banyak menggunakan bahasa Inggeris tambahan pula bahasa terbabit merupakan bahasa perhubungan antarabangsa.

“Jika kita mahu sama taraf dengan bangsa lain, kita tidak ada pilihan lain melainkan ada usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia,” katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia ( MACMA ) Sabah, Hidayah Centre Foundation dan Pertubuhan Ikram Malaysia ( IKRAM ) Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Turut hadir, presiden MACMA, Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin dan pengerusi MACMA Sabah, Ritchie Jay Cheng.

Dr Yusof berkata, pelaksanaan PPSMI bukanlah bermaksud penggunaan bahasa Melayu akan disingkirkan.

“Walau bagaimanapun, sekiranya PPSMI dilaksanakan semula bukanlah bermaksud kita terus melupakan dan menidakkan penggunaan bahasa Melayu.

“Malah tidak ada masalah sebenarnya jika kita mempelajari dan menguaasi lebih dari satu bahasa,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah.

Komen & Pendapat

Comments are closed.