Perak Hari Ini

Tak Perlu Pakai Mask Jika Sihat

IPOH-Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menggalakkan sesiapa sahaja yang sihat untuk memakai topeng penutup mulut dan hidung memandangkan ianya bukan satu keperluan.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, pemakaian tersebut tidak digalakkan kerana korona virus yang sedang melanda setakat ini masih belum berada di dalam komuniti di negara ini.

“Bagi Malaysia setakat ini, korona virus masih belum berada dalam komuniti, jadi kementerian masih tidak mencadangkan untuk memakai mask bagi orang yang sihat.

“Buat sementara waktu, ianya belum perlu. Jadi perkara tersebut adalah pilihan sendiri tetapi menurut pandangan daripada pakar, tidak perlu memakai mask sekiranya sihat.

“Bagi mereka yang tidak ada simptom, tidak semestinya perlu memakai mask namun, untuk mereka yang ada demam, selsema atau batuk memakai mask adalah wajib untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Tahun Baru Cina 2020 di Hotel Syuen di sini, hari ini.

Katanya, penggunaan topeng pelindung berkenaan mempunyai dua kategori fungsi iaitu bagi mereka yang mempunyai simptom dimana ianya digunakan untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain dan kedua untuk mereka yang menjaga atau ada sentuhan kepada pesakit yang mempunyai influenza khusunya untuk melindungi diri mereka.

Tambah Lee, pihak KKM juga tidak mencadangkan supaya sebarang program perhimpunan dibatalkan memandangkan di Malaysia belum ada komuniti transmisi bagi virus korona.

“Perkara ini terpulang kepada kedudukan setiap negara tetapi di Malaysia setakat ini, kita masih belum ada komuniti penghantar virus tersebut, jadi tidak perlu kita sekat dari segi program-program awam.

“Jikalau pemakaian mask ini dicadangkan oleh kerajaan, terdapat banyak persoalan akan berbangkit sama ada menghentikan perhimpunan, tutup sekolah, tutup panggung wayang, tutup pasaraya atau sebagainya dan ia boleh mengakibatkan susasan panik yang tidak wajar.

“Buat sementara waktu, kerajaan masih berjaya mengawal jangkitan tersebut dari masuk ke komuninti dan masyarakat tidak terlalu panik walaupun kita dinasihatkan untuk basuh tangan selalu dan menjaga kesihatan,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengulas mengenai keberkesanan pemakaian topeng pelindung muka dengan cara yang betul supaya jangkitan tidak berlaku kepada pemakai.

“Menurut pandangan pakar, apabila kita memakai mask dengan cara yang tidak betul, mungkin kita akan menyentuh muka dan ini akan memberikan risiko kepada jangkitan korona virus.

“Jadi untuk mengelakkan jangkitan, langkah yang paling penting adalah basuh tangan selalu dengan cara yang betul dengan menggunakan air atau sabun yang sesuai,” katanya.

Bagaimanapun katanya berkenaan penggunaan Dottol yang viral, ianya tidak memberikan sebarang kesan tetapi penggunaan sabun dengan cara yang betul sudah memadai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");