Berita Hari Ini

Tidak Wajar Bermain Dengan Angka, Kata Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR sudah mengesahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, siapa yang akan disokong parti itu sebagai Perdana Menteri baharu bagi menerajui kerajaan.

Menurut BH Online, tanpa menyebutkan siapa yang dinamakan, Presiden PKR itu, menjelaskan pilihan dibuat mereka setakat ini belum boleh diumumkan.

“Tuanku bagi ruang kepada semua, maknanya dengan cara ini SD (akuan bersumpah) dianggap tidak lagi relevan kerana Tuanku melihat sendiri dan proses malah kita sahkan pilihan kita tanpa kenyataan di luar. Ia mungkin berbeza dengan kenyataan di luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar kediamannya dekat Segambut kira-kira jam 3.40 petang tadi.

Anwar ditemani isterinya yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya sama ada PH memiliki jumlah kerusi mencukupi bagi menubuhkan kerajaan, Anwar berkata: “Kita tidak wajar bermain dengan angka” .

Ketika ini, beliau sedang menghadiri mesyuarat di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");