Membawang Hari Ini

Zed Zaidi Dipanggil MCMC Kerana Sebar Berita Palsu Koronavirus

CYBERJAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil memberi keterangan lebih 2 jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung tindakannya berkongsi berita palsu mengenai jangkitan koronavirus.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi, 40, tiba di Menara MCMC di sini bersama peguamnya Zamri Idrus pada 3.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira 5.45 petang semalam.

Zed Zaidi yang ditemui memaklumkan beliau memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan kes itu.

“Untuk yang di luar sana, berhati-hati bila post (membuat hantaran di media sosial),” katanya ringkas.

Zamri berkata, anak guamnya disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana berkongsi gambar berita palsu di Twitternya mendakwa semua negara menyekat kemasukan pelancong China kecuali Malaysia.

Beliau berkata, kad sim Zed Zaidi turut diambil dan direkodkan MCMC.

“Kami dimaklumkan tadi oleh pihak MCMC, sekiranya ada keperluan untuk mereka mendapatkan butiran lanjut daripada Zed, mereka akan panggil (semula)…itu saja,” katanya.

Ditanya sama ada Zed Zaidi berniat menyebarkan berita tidak sahih atau menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat, Zamri berkata, perkara yang ditulis di Twitter hanyalah satu persoalan peribadi.

“Tidak sama sekali, itu memang disahkan oleh Zed sendiri. Tidak ada niat apa pun,” katanya.

Pelakon itu baru-baru itu berkongsi berita palsu berbunyi: “Breaking News: All countries except Malaysia – All countries has banned Chinese tourist except Malaysia” yang dimuat naik menerusi akaun Facebook dan Twitternya.

Selain Zed Zaidi, MCMC dengan kerjasama polis semalam turut merekodkan keterangan pemilik laman sesawang “Oh My Media” Mohd Khairul Anuar Rosli, 30, dan seorang lagi individu kerana berkongsi berita palsu mengenai ketibaan ratusan pelancong China di Langkawi yang didakwa melarikan diri daripada wabak koronavirus di negara itu memetik FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");