Perak Hari Ini

31 Mac Keputusan Tangguh Permohonan ‘Isteri Kedua’ Samy Vellu

IPOH- Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tarikh 31 Mac bagi mendengar keputusan untuk menangguhkan prosiding oleh anak Bekas Menteri Kabinet Tun Dr S Samy Vellu, Datuk Seri S Vell Paari, terhadap permohonan wanita yang mendakwa isteri kedua bapanya, E Meeriam Rosaline.

Menurut peguam Vell Paari, David Mathew, terdapat sebab mengapa prosiding itu lebih baik ditangguhkan sementara menunggu keputusan penentuan kemampuan mental Samy Vellu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sementara itu, Peguam RSN Rayer dan Ramesh Sivakumar yang mewakili Meeriam ditemui berkata, pihak Vell Paari memohon penangguhan kerana mereka telah memfailkan permohonan menentukan keupayaan mental Samy Vellu sama ada beliau mampu melalui prosiding tersebut.

Bagaimanapun menurut penguam Meeriam, pihaknya membantah permohonan tersebut dan mengatakan bahawa secara mentalnya beliau mampu ekoran terdapat banyak gambar yang menunjukkan beliau hadir ke beberapa aktiviti keramaian seperti majlis graduasi, sambutan Thaipusam serta kongres bersama BN MIC di hadapan Hakim Datuk Hashim Hamzah hari ini.

Tambah Ramesh, pihaknya juga ingin merujuk kepada mahkamah mengenai perkara yang menjadi asas untuk mengatakan bahawa kepada Samy Vellu tidak mampu untuk membela diri.

“Dia mampu menghadiri sebarang majlis awam dan semuanya mampu kecuali untuk mengikuti prosiding ini.

“Jika beliau mempunyai masalah mental maka beliau perlu datang ke sini kerana permohon di buat sini tetapi kenapa mengapa beliau membuat permohonan di Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 17 Januari untuk mendengar permohonan perintah interim Rosaline yang mendakwa merupakan isteri Samy Vellu.

Meeriam memfailkan permohonan interim di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Mac lalu bagi mendapatkan akses tanpa syarat ke atas Samy Vellu selain memohon mahkamah mengeluarkan perintah bayaran nafkah “one-off” RM20 juta sebagai kos menyara seumur hidupnya, selain bayaran nafkah bulanan RM25,000.

Meeriam turut meminta Samy Vellu dan Vell Paari membayar kos sara hidup berjumlah RM191,107.35 yang didakwanya tidak dilangsaikan sejak Julai tahun lalu.

Pada 2 Disember tahun lalu, anak Samy Vellu, Vell Paari selaku plantif memfailkan saman tersebut untuk menentukan sama ada Samy Vellu mengalami kecelaruan mental dan tidak berupaya untuk menguruskan diri serta hal ehwalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");