Perak Hari Ini

Anjur Program Amal, Kumpul Dana Bantu Rakan Hidap Kanser

IPOH- Program Manja Photography Charity Outing merupakan program amal yang dijalankan buat pertama kali bagi membantu rakan dalam kalangan Komuniti Fotografi di negeri ini.

Program tersebut telah dijayakan dengan kerjasama dan sokongan Miker Food, Yamaha, PESDC, Kustom Cafe, Win Art, Ipoh Echo, Kellies’s Castle & Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputra Negeri Perak serta para peserta pada 29 Februari lalu.

Menurut Pengerusi Penganjur Acara, Zamari Bin Muhyi, program tersebut berjaya mengumpul dana sebanyak RM3,107 dan telah diserahkan secara tunai kepada Nooreman Noor Faadi sendiri.

“Manja Photography Charity merupakan sebuah acara kebajikan bagi membantu meringankan sedikit bebanan seorang sahabat yang sedang menempuh ujian berat.

“Sebanyak RM3,107 telah berjaya dikumpul dan diserahkan kepada saudara Nooreman. Semoga saudara Manjafoto Nooreman NoorFaadi tabah, kuat semangat dan teruskan pejuangan,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputra Negeri Perak berkata, pada hari berkenaan turut berlangsungnya mini pertandingan (Straight Out Of Camera) SOOC.


“Seramai 69 jurugambar mengambil bahagian didalam pertandingan dan lebih dari 120 orang telah hadir memeriahkan acara.

“Pertandingan yang dijalankan sebagai salah satu aktiviti untuk mengumpul dana pada hari tersebut. Yuran penyertaan RM10 turut disumbangkan ke tabung hari tersebut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");