Berita Hari Ini

Hari Keputeraan Agong Setiap Isnin Pertama Bulan Jun

PUTRAJAYA- Kerajaan bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi tahun 2020 dipinda daripada hari Sabtu, 6 Jun kepada Isnin, 8 Jun.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam kenyataan hari ini, berkata kerajaan juga bersetuju bahawa mulai 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Al- Sultan Abdullah, Hari  Keputeraan Rasmi Seri Paduka adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap  tahun.

“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");