Berita Hari Ini

Boleh Keluar RM1,500 Dari Skim Persaraan Swasta

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan pengeluaran prapersaraaan dari Akaun B Skim Persaraan Swasta (PRS) sehingga RM1,500 bagi setiap ahli.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengeluaran itu yang tidak dikenakan sebarang penalti cukai adalah bagi tempoh April hingga Disember 2020.

“Dalam keadaan yang sukar pada waktu ini, tentulah ramai yang memerlukan wang tunai daripada apa juga bentuk simpanan untuk kegunaan menampung perbelanjaan harian,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");