Berita Hari Ini

China Agih 100,000 Topeng Muka Ke Malaysia

KUALA LUMPUR: China terus menyalurkan bantuan sokongan kepada Malaysia menerusi pemberian tambahan 100,000 topeng muka kepada petugas kesihatan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19, di negara ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata topeng muka itu dijangka tiba hari ini, dibawa menerusi pesawat AirAsia.

“Alhamdulillah, ‘more good news!’. Saya baru dimaklumkan oleh Duta Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan (Zainal Abidin), menerusi hubungan akrab Malaysia-China dan hasil usaha perwakilan Malaysia di sana, kita berjaya dapatkan 100,000 topeng muka daripada Presiden China-Asia Economic Development Association (CAEDA) yang cukup prihatin terhadap Malaysia.

“Terima kasih Raja Nushirwan dan Kedutaan Malaysia di China atas usaha ini! Terima kasih juga kepada AirAsia kerana difahamkan AirAsia sukarela menerbangkan peralatan ini ke Malaysia secara percuma.

“InsyaAllah, 100,000 topeng muka ini akan sampai pagi ini. Semoga ia berupaya membantu usaha kita dalam menangani wabak COVID-19,” katanya dalam entri di Facebook beliau hari ini, lapor BH.

Semalam, kerajaan China dalam Facebooknya hari ini, memuat naik gambar penghantaran bekalan perubatan ke Hospital Sungai Buloh, dalam usaha membantu Malaysia menangani penularan wabak berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");