Berita Hari Ini

Polis Trafik Ditempuh Lori Ketika Bersiap Sekatan Jalan Raya

KUALA LUMPUR: Sepasukan lima anggota dan pegawai polis trafik cedera selepas dirempuh sebuah lori di Jalan Syed Putra menghala ke ibu negara, malam tadi.

Menurut laporan BH Online, ketika kejadian pada jam 12.45 tengah malam itu, pasukan polis trafik berkenaan sedang bersiap untuk menutup aktiviti sekatan jalan raya di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso yang dipandu seorang warga tempatan berusia 45 tahun melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) dan motosikal jenis Lagenda milik pasukan trafik itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata akibat pelanggaran itu lima termasuk seorang pegawai polis mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Siasatan mendapati lori berkenan hilang kawalan ketika berada di lorong kiri lalu kedua-kedua kenderaan polis trafik yang diletakkan di bahu jalan untuk untuk tujuan sekatan jalan raya.

“Kejadian itu mengakibatkan Penguatkuasa JSPT, Inspektor Afifi Zulhusni Mohd Ali, Koperal Hairulnizam, Lans Koperal Wan Kamarul Ariffin serta Koperal Azri mengalami luka di bahagian tangan manakala Konstable Mohd Afendi pula luka di bahagian kepala bahu dan kaki.

“Kesemua mereka sudah dihantar ke hospital dan sedang dirawat di zon hijau. Pemandu lori itu pula tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Zulkefly berkata, ketika ini polis akan membuka kes pelanggaran itu di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");