Sukan Hari Ini

COVID-19: Aksi Man City-Arsenal Ditangguh

LONDON: Perlawanan Arsenal menentang Manchester City yang dijadual esok, ditunda selepas beberapa pemain dari kelab London itu dikuarantin.

Ini menjadikannya perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) terpaksa ditangguhkan susulan COVID-19.

Memetik BH Online, Arsenal berkata, pemain yang terbabit akan dikuarantin selama 14 hari selepas mereka disyaki dijangkiti daripada pemilik kelab Greek, Olympiakos, Evangelos Marinakis yang positif COVID-19.

“Aksi Manchester City di gelanggang sendiri menentang Arsenal telah ditangguhkan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Keputusan menangguhkan perlawanan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga selepas mendapat nasihat kesihatan.

Marinakis, yang juga pemilik kelab Nottingham Forest, mengesahkan semalam beliau adalah positif COVIC-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");