Membawang Hari Ini

COVID-19 : Alvin Chong, Jannine Wiegel akur arahan kuarantin

KUALA LUMPUR: Dalam penerbangan pulang ke Malaysia dari Amerika Syarikat (AS), Alvin Chong akur arahan kuarantin 14 hari yang ditetapkan pihak berkuasa sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penyanyi dan pelakon berusia 29 tahun itu memberitahu, dia sedia menjalani saringan kesihatan dan mematuhi prosedur ditetapkan berikutan penularan COVID-19.

“Ketika ini, saya dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Saya sedia maklum dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi.

“Saya sedia disaring dan mematuhi arahan kuarantin 14 hari sebab saya pulang dari luar negara,” katanya kepada BH Online.

Alvin yang bercuti di AS, bagaimanapun risau stok makanan dan keperluan harian di rumah, kehabisan.

“Saya risau tidak cukup stok makanan. Namun, apa-apapun, doakan saya selamat tiba di Malaysia,” katanya yang dijangka tiba di KLIA pada jam 6 pagi esok.

Ditanya pengalaman bercuti di AS ketika semua pihak meningkatkan kawalan penularan COVID-19, Alvin berkata, dia sentiasa memastikan amalan kebersihan dan penjagaan diri.

“Ketika berada di tempat duduk pesawat, saya pastikan kerusi bersih dan ‘hygiene’. Saya juga menggunakan topeng muka, losen tangan dan cecair pembasmi kuman.

“Jadi, jangan risau semua. Saya tidak mahu apa-apa berlaku. Jadi, pencegahan awal itu lebih baik,” katanya.

Sementara itu, artis baharu, Jannine Weigel yang baru tiba dari AS, turut dikuarantin.

Artis berdarah kacukan Jerman dan Thailand yang bernaung di bawah syarikat RedRecords itu, kini berehat di rumah.

“Saya dalam kuarantin sepanjang minggu ini. Mungkin tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat. Mungkin saya juga tidak banyak berkongsi entri di media sosial.

“Namun, jika ada bahan menarik, pasti dikongsi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");