Membawang Hari Ini
Like

COVID-19: Pakai Kostum Dinasour Ke Pasar Raya, Aksi Betty Rahmad Buat Netizen Terhibur

March 23, 2020
572 Views
0 Comments
1 minute read
COVID-19: Pakai Kostum Dinasour Ke Pasar Raya, Aksi Betty Rahmad Buat Netizen Terhibur

Pelakon Betty Rahmad mencuri tumpuan wargamaya apabila pergi ke pasar raya dengan memakai kostum dinasour.

Menerusi laman sosial Instagram, Betty berkongsi beberapa foto dan video ketika berada di pasar raya untuk tatapan umum.

“MummyDino dalam misi. Walaupun saya sedih sayur, halia, kunyit, bawang, susu segala nenek semua licin habis tapi saya happy sebab saya percaya saya buat ramai orang senyum dan terhibur harini pada hari jadi saya.

“Terutamanya kakak/abang supermarket yang sanggup bekerja. Nampaknya esok kena pergi supermarket lain cari barang-barang yang tak dapat harini. Kenapa korang beli sampai habis?” luah Betty sebagai kapsyen.

Memakai maskot dinasour berwarna oren, Betty kelihatan comel ketika memilih barangan dan menolak troli ke tempat letak kenderaan.



Menariknya lagi, Betty sempat menyusun strategi untuk membeli barangan keperluan agar dia dapat menjimatkan masa ketika berada di dalam pasar raya.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti terhibur dengan aksi ‘MummyDino’ tersebut. “Bongok la Betty!” ujar penyanyi Cik Manggis.

“Best idea ever!” puji Che Puan Juliana Evans.

“Mu serius laaaaa! Memang jaga jarak kaw kaw ni. Birthday girl buat hal,” kata pelakon Nora Danish.

“Ingatkan nak main-main dengan Wira je tadi sekali dia keluar betul! Hahaha,” komen seorang wargamaya.

“Dah agak dah, dia akan buat hal dengan menatang ni. Memang gila-gila la Betty ni. Just be you, stay safe,” komen seorang wargamaya.

Sehingga kini, perkongsian Betty itu telah menerima hampir 100,000 tontonan di Instagram.

Komen & Pendapat

Comments are closed.