Berita Hari Ini

Pulau Pangkor ditutup kepada orang ramai mulai esok

Pulau Pangkor ditutup kepada orang luar termasuk pelancong berkuat kuasa esok sehingga 31 Mac ini selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Pegawai Daerah Manjung Zulhisham Ahmad Shukori berkata sepanjang tempoh itu, hanya penduduk Pulau Pangkor dan kakitangan kerajaan yang bertugas akan dibenarkan menaiki feri untuk ke pulau bebas cukai tersebut.

“Pelawat luar tidak dibenarkan masuk ke Pulau Pangkor. Operasi di Jeti Marina Island sudah ditutup sejak Sabtu lalu dan hanya Jeti Lumut yang beroperasi ketika ini, dan ia hanya boleh digunakan oleh penduduk tempatan serta petugas yang berkaitan,” katanya.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang memberikan kerjasama namun mereka juga tidak digalakkan keluar ke tanah besar kecuali untuk urusan penting atau kecemasan sahaja,” katanya.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");