Perak Hari Ini

COVID-19: Rahsiakan Sejarah Perjalanan Dan Perhimpunan Adalah Sikap Pentingkan Diri Sendiri

IPOH: Sikap mementingkan diri sendiri menjadi salah punca penyebaran Korona Virus (Covid-19) di mana disebabkan segelintir mereka yang keluar negara malahan tidak mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Rata-rata rakyat Malaysia juga mulai berang dengan individu yang bersikap pentingkan diri kerana mereka adalah punca peningkatan kes di negara ini di mana setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan kumulatif kes sebanyak 428 kes secara keseluruhan termasuk 42 yang telah sembuh.

Menurut satu ciapan pengguna Twitter @InjangNation berkata “So far KKM did a great job utk contain covid19. Masalah utama sekarang adalah kebodohan dan kedegilan.

“Covid19 tersebar meluas sekarang di Malaysia ni nampaknya disebabkan kebodohan dan kedegilan pihak-pihak tertentu. Tak paham bahasa. Harap kita semua jangan jadi bangsa bodoh ni,” katanya.

Beliau memuji tindakan pihak KKM dan juga kakitangan KKM yang bertungkus lumus untuk memastikan penularan virus berkenaan berkurangan namun, disebabkan sikap sesetengah individu yang mementingkan diri sendiri, Covid-19 mula tersebar dengan mudah di negara ini.

Sementara itu ciap seorang lagi pengguna Twitter @naurahsyahirah mengatakan bahawa ada juga pesakit yang tidak jujur mengenai sejarah perjalanan, namun mulai menyatakan hal sebenar selepas disahkan positif virus berkenaan.

“Ye. Makcik aku nurse kat sg buloh and she said ramai patient yg menipu cakap tak pergi mana. Bila dah positif baru nak mengaku,” katanya.

Rata-rata pegguna lain juga menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan sebegini kerana menyusahkan banyak pihak terutamanya kakitangan KKM yang bertugas malahan, ada yang mencadangkan supaya mereka yang menipu dipenjarakan.

Bagaimanapun, ekoran dari penularan virus ini, terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan dengan menjalankan promosi ke luar negara pada harga rendah sehinggakan ramai yang mula terpengaruh dengan promosi sebegini.

@fluffypOtato turut mempersoalkan mengapa masih ada rakyat Malaysia yang sanggup bergadai nyawa bersikap tidak ambil kisah berkenaan virus ini dengan melancong keluar negara pada waktu sebegini.

“Yang aku tkfaham nya time2 ni la nak pegi travel nak pegi holiday sana sini , diorg ni macam takambik kesah lgsg , bila dah kena kuarantin tahu tak menyusahkan org lain , TOLONG LA JGN JD MANUSIA YG SELFISH DAN DEGIL !! kesian gila dekat doc2 nurse semua,” katanya.

Kerajaan sudah memainkan peranan yang penting dalam mengekang penularan Covid-19 di negara ini, namun jelaslah bahawa masih ramai rakyat Malaysia tidak prihatin dan memandang enteng perkara ini sehinggakan jumlah peningkatan naik dengan mendadak.

Bukan itu sahaja, majikan juga mula mengarahkan pekerja agar berkerja dari rumah malahan sebilangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga membuat pengajian secara atas talian.

Bagaimanapun, KKM sentiasa mengarahkan setiap orang mengamalkan kebersihan diri dengan mencuci tangan dengan menggunakan sabun, gunakan cecair pembasmi kuman serta pakai topeng muka dan hidung jika mengalami simptom seperti batuk atau selsema.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");