Berita Hari Ini

COVID-19: Sultan Selangor nasihat rakyat duduk di rumah

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan rakyat patuh dan tidak melanggar Perintah Kawalan Pergerakan demi memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat dihentikan.

Baginda dalam titah yang di kongsi di Facebook Selangor Royal Office memaklumkan kedegilan dan sifat pentingkan diri dalam situasi kritikal akan hanya menyusahkan pelbagai pihak khususnya yang berada di barisan hadapan.

Baginda menegaskan semua rakyat duduk di rumah, dan bagi mereka yang mempunyai simptom COVID-19 supaya tampil melakukan pemeriksaan dan pengasingan.

Dalam perkongsian berkenaan, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga menggesa individu yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada akhir Februari lalu tampil menjalani saringan.

Baginda khuatir sekiranya penularan wabak itu berlarutan dan jumlah kes jangkitan terus meningkat, ia akan menyebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan.

Ia sekaligus akan menjejaskan kegiatan harian rakyat dan memberi impak serius terhadap pendapatan rakyat seperti peniaga dan usahawan kecil.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.

Pada pertemuan itu, baginda diberi taklimat oleh Amirudin mengenai kedudukan semasa penularan wabak COVID-19 di Selangor serta perkembangan terkini hasil Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Menangani COVID-19 negeri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");