Berita Hari Ini

Hari 12: Bekas pegawai kanan KPM sambung keterangan

Perbicaraan terhadap isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor, masuk hari ke-12 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Rosmah menghadapi tiga pertuduhan berkaitan dakwaan penyelewengan dana bagi pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak bagi Kementerian Pendidikan.

Projek bernilai RM1.25 bilion itu diberikan kepada Jepak Holdings Sdn Bhd secara rundingan terus.

Malaysiakini membawakan kepada anda laporan secara langsung prosiding.


9.50 pagi: Tertuduh, Rosmah Mansor memasuki kandang saksi.

Saksi kesepuluh, bekas setiausaha bahagian di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset KPM, Kamarudin Abdullah  juga mengambil tempat.


Bekas Setiausaha Bahagian di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset KPM, Kamarudin Abdullah akan menyambung semula kenyataan saksi yang dibacakannya hari ini sebelum disoal oleh peguam.

Saksi kesepuluh itu memberi keterangan semalam bahawa beliau telah diarahkan untuk menulis surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk memohon Jepak Holdings mengambil alih penyelenggaraan dan operasi sistem janakuasa diesel (genset) di sekolah-sekolah luar bandar Sarawak.

Beliau juga telah menerima arahan daripada bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid untuk meminda Surat Setuju Terima (LOA) untuk Jepak Holdings bagi menghapuskan “Klausa 11”.

Klausa 11 merujuk kepada hak kerajaan untuk menamatkan kontrak bila-bila masa.

Sebelum itu, ahli perniagaan Razak Othman semalam memberi keterangan bahawa beliau tidak tahu dengan tepat berapa banyak wang yang beliau dan rakan kongsinya, Pengarah Urusan Jepak Holding Saidi Abang Samsudin, telah masukkan ke dua beg yang diserahkan kepada individu yang dikenal pasti sebagai “RM”.

Seorang lagi saksi, yang melihat beg itu dihantar ke Seri Perdana, tidak tahu bahawa ia mengandungi wang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");