Perak Hari Ini

MB Perak Baharu: BN Calonkan Saarani, Pas Enggan Ulas

IPOH: 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) UMNO Perak telah menyatakan sokongan terhadap Adun Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar  bagi kerajaan baharu yang bakal dibentuk di negeri ini.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak itu, selain surat daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau turut mempersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muzziddin Shah kesemua 25 tanda tangan akuan bersumpah berhubung perkara itu.

“BN bersetuju untuk menubuhkan kerajaan bersama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perak.

“Dalam surat sama, Datuk Seri Zahid Hamidi memaklumkan bahawa BN mencadangkan Pengerusi BN Perak merangkap Adun Kota Tampan sebagai Menteri Besar Perak untuk dipertimbangkan Baginda.

“Semua Adun Umno telah menandatangani surat akuan bersumpah. Ini bermakna 25 Adun menyokong calon yang dikemukan BN,” kata Saarani.

Beliau ditemui pemberita selepas selesai menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, dekat sini pada jam 11 pagi tadi.

Hari ini, Baginda yang difahamkan tiba di Istana Kinta sekitar jam 8 pagi menitahkan agar kesemua ketua parti daripada Bersatu, Umno dan Pas untuk menghadap Baginda bagi memaklumkan berkenaan perkembangan terkini politik di Perak.

Semalam, Perikatan Nasional Perak mengumumkan membentuk Kerajaan Perak yang baharu selepas berjaya memperoleh sokongan majoriti 32 Adun.

Ia merangkumi 25 Adun UMNO, empat Bersatu dan tiga dari Pas.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang keluar selang beberapa minit selepas Saarani enggan mengulas lanjut tetang sembah menghadapnya terhadap Baginda.

“Calon Menteri Besar? Kita Pas serah kepada Tuanku Sultan,” katanya kepada pemberita tanpa keluar dari kenderaan yang membawanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");