Berita Hari Ini

Idrus Harun Dilantik Peguam Negara

PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara bagi menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan Tan Sri Tommy Thomas.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, Idrus dilantik bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini.

“Selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan terhadap pelantikan itu,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Menurutnya, Seri Paduka juga memperkenankan permohonan Tommy untuk memendekkan perkhidmatannya berkuat kuasa 28 Februari lalu selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");