Perak Hari Ini

Kedai Makan, Serbaneka Di Perak Hanya Dibenarkan Beroperasi Sehingga 7 Malam

bandar ipoh, kedai,

IPOH: Bermula hari ini semua premis kedai makan di seluruh Perak hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 7 pagi sehingga 7 malam.

Arahan itu berkuatkuasa sehingga 31 Mac ini ataupun sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini turut memutuskan peraturan itu terpakai kepada premis makanan yang menyediakan perkhidmatan pandu lalu.

Selain itu, katanya semua kedai serbaneka dan stesen minyak ataupun kedai serbaneka di stesen minyak turut hanya dibenarkan beroperasi dalam tempoh sama.

Difahamkan ia juga turut terpakai kepada semua pasaraya, seperti Tesco, Mydin dan sebagainya

“Semua kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam termasuk ‘7 Eleven’ di seluruh Perak dibenarkan beroperasi bermula jam 7 pagi sehingga 7 malam,” kata Ahmad Faizal.

Katanya lagi, hanya premis dan perniagaan yang dibenarkan beroperasi seperti yang disenaraikan kerajaan persekutuan sebelum ini sahaja boleh menjalankan operasi seperti biasa.

Pada masa sama kata beliau, penglibatan agensi komunikasi di peringkat negeri akan dipergiatkan dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap masyarakat di negeri ini.

“Semua agensi diminta memberi kerjasama dan sokongan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang telah digerakkan,” ujarnya.

Sementara itu ujar beliau, mana-mana pihak yang mahu menyalurkan sumbangan seperti makanan, topeng muka dan sebagainya kepada petugas dan anggota keselamatan yang terlibat boleh berbuat demikian melalui pejabat daerah atau balai polis berhampiran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");