Perak Hari Ini

Kerajaan Perlu Laksana Langkah Terbaik Galak Peminjam Bayar Balik Pinjaman PTPTN

IPOH- Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sering kali menjadi topik utama kepada rakyat Malaysia, malahan dipolitikkan serta menjadi sasaran pelbagai pihak.

Umumnya fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mana diumumkan sebagain pelan jangka panjang Wawasan 2020 oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semasa menjadi Perdana Menteri keempat.

Bagaimanapun, pinjaman ini akhirnya menjadi beban kepada para peminjam yang sudah berkerja ataupun tidak berkerja disebabkan peningkatan taraf hidup dari tahun ke tahun sehinggakan pinjaman ini mencatatkan jumlah hutang yang sangat tinggi.

Perak Today hari ini mendapatkan pandangan orang awam mengenai pinjaman PTPTN yang mana rata-rata peminjam dilihat agak ‘liat’ untuk membayar pinjaman tersebut ditambah pula dengan campur tangan politik mengenai dasar-dasar pinjaman PTPTN.

Menurut Azimah Loftpi Amin seorang Eksekutif pengurusan yang juga merupakan peminjam PTPTN berkata, PTPTN merupakan pilihan untuk berhutang bagi keluarga yang mempunyai taraf pendapatan sederhana serta miskin malahan ianya juga merupakan sumber kewangan bagi mereka ketika di peringkat pengajian tinggi tetapi ianya adalah pinjaman yang perlu dibayar.

Katanya, antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak PTPTN untuk menggalakkan peminjam membuat bayaran adalah dengan mengadakan kempen mengurangkan kadar bayaran.

“PTPTN boleh laksanakan kempen kurangkan bayaran dengan mensasarkan golongan seperti kumpulan B40 tetapi dan bukannya merancangan kadar gaji RM4,000 baru boleh melaksanakan pembayaran PTPTN.

“Perkara ini sebenarnya terpulang kepada pihak peminjam sendiri kerana dengan kadar gaji RM2,000 mereka boleh membayar hutang berkenaan di mana mereka boleh melaksanakan penjadualan bayaran lebih lama iaitu mendapatkan jumlah bayaran yang lebih rendah,” katanya.

Tambahan itu kata seorang Kerani Setor Nurulamalfathirah Abdul, langkah terbaik untuk menggalakkan peminjam membayar hutang berkenaan adalah dengan sentiasa mengemaaskini sebarang pemberitahuan kepada peminjam.

“Pihak PTPTN mungkin boleh menghantar surat, menghantar e-mail atau menghantar pesanan ringkas kepada peminjam supaya mereka sentiasa menyedari bahawa mereka perlu membayar hutang berkenaan.

“Jika peminjam tidak memberi sebarang kerjasama, pihak PTPTN boleh mengambil langkah yang lebih keras dengan pergi ke rumah peminjam atau ke tempat kerja mereka bagi memastikan peminjam melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya.

Terdahulu, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peminjam perlu mematuhi perjanjian yang ditetapkan dan membayar balik pinjaman mereka, meskipun landskap politik dalam negara sudah berubah.

Sementara itu kata Mohamad Azam Hassan, peminjam seharusnya memikirkan nasib generasi akan datang yang mana bakal turun memerlukan pinjaman tersebut dan jangan bersikap mementingkan diri sahaja.

“Jika mereka bersikap ‘liat’ untuk membayar hutang ini, mungkin generasi seterusnya akan menghadapi masalah dan berkemungkinan syarat pinjaman PTPTN lebih ketat dan akan lebih susah untuk mendapatkan pinjaman pada masa akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai langkah terbaik supaya peminjam dapat membuat pembayaran, kata beliau, bayaran boleh dilaksanakan dengan melaksanakan pembayaran melalui pemotongan bulanan bagi mereka yang telah berkerja tetapi nilai potongan perlu mengikut kadar gaji yang diterima.
[3:03 PM, 3/8/2020] Kak Ainzyda PerakToday: masuk

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");