Panasnya Hari Ini

Khalid Samad kena pukul?

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dikatakan dipukul dan diserang ketika berada di Kuala Terengganu malam tadi.

Beliau dipukul dipercayai kerana keceluparannya, menurut Facebook Pengkalan Chepa News.

Difahamkan Khalid berada di sana bagi menyertai jelajah politik, yang turut dikongsikan oleh beliau menerusi FB Live.

khalid1
Gambar Khalid Samad dirakam ketika berada di IPD Kuala Terengganu malam tadi. FB Pengkalan Chepa News

Susulan kejadian itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara itu membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu.

Menerusi Twitter beliau, Khalid berkata, keadaannya okay.

”Alhamdulillah setakat ini ok.

”Budaya politik samseng bawah PN? Tambah pada budaya fitnah, khianat dan rompak. Dan dengan bangganya dikatakan “contoh politic islam untuk diikuti dunia Islam”. Dunia Islam dah hancur dengan politik sedemikian. Kita perlu keluar dari budaya hina ini,” kata Khalid.

khalid2Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan kenyataan berbentuk hinaan oleh Khalid terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Khalid didakwa menyatakan Abdul Hadi ‘sudah tidak centre’ (tidak berapa betul) susulan kenyataan Presiden Pas itu yang menyifatkan pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional sebagai model politik Islam. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");