Membawang Hari Ini

Persoal Batal Solat Jumaat, Rita Rudaini Dikecam Netizen

Susulan peningkatan kes wabak COVID-19, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis mengeluarkan arahan solat Jumaat di seluruh negeri Perlis semalam digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.

Bagaimanapun, Rita Rudaini tidak setuju dengan keputusan tersebut dengan mengatakan masjid adalah tempat selamat dan orang ramai tidak perlu takut untuk ke masjid.

Rita turut mempersoalkan keputusan tersebut kerana ianya tidak relevan kerana jika sudah mengeluarkan keputusan seperti itu bermakna orang ramai tidak perlu ke pejabat dan pelajar tidak perlu ke sekolah.

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai respon daripada netizen dimana ada yang menyokong dan ada yang mengecam pendapat pelakon itu. Kata netizen, rakyat seharusnya menghormati keputusan itu kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.

Semalam, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah solat Jumaat di seluruh Perlis hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.

Perintah Raja Perlis itu dibuat setelah mendapat pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkembangan Covid-19, serta panduan dan irshad daripada Jawatakuasa Fatwa Negeri Perlis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");