Berita Hari Ini

KKM Sahkan 20 Kes Baru Covid-19

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan 20 kes baru Covid-19 dan seorang iaitu kes ke-78 pulih sepenuhnya daripada virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan pertambahan kes terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 149 kes.

“Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenal pasti dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih sedang dijalankan sehingga punca di mana jangkitan ini terjadi dapat dikenalpasti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata daripada 149 kes itu, 22 kes dikesan dalam kalangan pesakit yang dipantau, 124 dari kalangan kontak rapat, 1 kes dalam kalangan “severe acute respiratory infection” dan 2 dari misi bantuan kemanusiaan.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengesahkan 12 kes baru Covid-19 dan seorang iaitu kes ke-87 pulih dan didiscaj daripada hospital.

Hari ini, Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut ditutup mulai semalam dan akan beroperasi semula Isnin depan untuk memberi laluan kepada proses pembersihan dan menyahkuman.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu selepas seorang ahlinya disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut memetik FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");