Berita Hari Ini

Langgar polis, pendawai dipenjara 12 bulan

SHAH ALAM: Padah melanggar seorang anggota polis trafik sedang bertugas ketika Penguatkuasaan OP COVID-19, seorang pekerja pendawaian dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Shah Alam hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, itu adalah kes pertama dituduh di daerah IPD Shah Alam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

“Suspek dituduh di Mahkamah Shah Alam pada hari ini dan mengaku bersalah di atas pertuduhan serta dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dari tarikh tangkapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramsay berkata, dalam kejadian pada 20 Mac lalu, seorang anggota polis trafik IPD Shah Alam yang sedang bertugas dalam Penguatkuasaan OP COVID-19 dilanggar suspek yang menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar.

“Kejadian ini berlaku ketika mangsa dan dua lagi anggota trafik sedang menjalankan tugas di belakang bangunan IDCC Seksyen 15.

“Mangsa patah di tulang rusuk kiri, luka di bahagian atas bibir dan betis.

“Suspek berumur 32 tahun ditangkap dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020,” katanya.

Justeru itu katanya, orang awam dinasihatkan agar memberikan kerjasama yang sepenuhnya dengan mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh PKP ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");