Berita Hari Ini

Mayat Terapung Di Sungai Perak

BOTA: Mayat lelaki dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira tiga hari ditemui di dalam Sungai Perak berhampiran Pam Pasir 1, Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri, di sini, malam tadi.

Mayat lelaki yang dipercayai warga Indonesia berusia lingkungan 20-an itu ditemui pada jam 7.50 malam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso, berkata mayat itu ditemui terapung di tengah Sungai Perak oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.

Katanya, mangsa yang memakai baju-T berwarna coklat kekuningan dan jeans pendek berwarna biru, dibawa naik ke darat dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar pada 10.40 malam.

“Ditemui dompet dalam poket kiri seluar mangsa dan salinan dokumen pengenalan diri yang belum dapat disahkan iaitu nama Hosnan, berusia 27 tahun dan berasal dari Tanjung Perak, Indonesia.

“Ca jari akan diambil untuk pemeriksaan dan pengesahan identiti,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Barudin berkata, pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang kecederaan fizikal akibat perlakuan jenayah pada luaran badan mayat memetik BHarian.

“Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira tiga hari sebelum mayatnya ditemui. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan diteruskan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");