Berita Hari Ini

Ribut, Puting Beliung Terbangkan Atap Rumah

ISKANDAR PUTERI: “Memang takut, bunyi angin kuat sangat menderu. Semasa kejadian saya sedang berehat di dalam rumah”, cerita seorang mangsa ribut dan puting beliung, di Taman Desa Permai, Kangkar Pulai, di sini.

Suri rumah, Sumi Isnin, 50, berkata ribut dan puting beliung itu terjadi dua kali dalam tempoh setengah jam, meskipun tidak menyebabkan sebarang kecederaan, tetapi menyebabkan rumahnya rosak.

Katanya, kira-kira 6.30 petang semalam, angin dan ribut kuat terjadi dalam kurang 10 minit, kemudian diikuti hujan dan ribut datang lagi dalam tempoh kurang dua minit.

“Memang takut, masa jadi ribut saya dalam rumah sedang berehat, dengar angin kuat sangat, saya keluar dan lihat atap rumah terbang.

“Rumah saya di Jalan Cengkerik, atap terbang dan di bahagian dapur dan bilik. Lepas ribut, turun hujan lebat dalam 20 minit kemudian disusuli ribut lagi dalam tempoh kurang dua minit

“Kejadian kali ini paling teruk berbanding tiga tahun lalu ada tidak menyebabkan banyak rumah terjejas. Kebanyakan rumah rosak di bahagian atap dan owning”, katanya.

Sumi berkata, beliau dan jirannya bersyukur kerana tiada kecederaan dialaminya.

Katanya, rumah yang paling teruk dan banyak atap yang terbang, di Jalan Sibur-Sibur, selain di Jalan Cengkerik, dekat sini.

Petang semalam, kejadian ribut dan puting beliung menyebabkan kira-kira 47 rumah terjejas dengan lebih lima buah rumah kehilangan atap lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");