Perak Hari Ini

MB Turun Padang Zahir Ucapan Terima Kasih Kepada PDRM

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini turun padang bagi mengikuti sekatan jalan yang dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekaligus menzahirkan ucapan terima kasih sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-213.

Kata Ahmad Faizal, kerajaan negeri begitu kagum semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota polis yang mana masih berkerja tidak kira dalam apa jua cuaca bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya mengambil peluang untuk melawat beberapa kawasan roadblock yang dijalankan oleh pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyatakan penghargaan dan jutaan terima kasih daripada saya mewakili rakyat dan pentadbiran kerajaan negeri kepada semua anggota polis yang bekerja tidak kira siang malam, hujan dan panas.

“Walaupun hari ini hari polis, mereka masih perlu berkerja dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan negeri amat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota polis terutamanya di waktu kita di dalam peperangan memerangi wabak Covid-19,” katanya kepada media ketika mengikuti sekatan jalan bersama pihak PDRM dan ATM di sini, hari ini.

Hadir sama semasa sekatan jalan, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid.

Sejurus itu, beliau berharap supaya semua rakyat dapat menghargai pengorbanan pihak polis, atm dan juga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Berkat semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota polis kita, rayuan daripada semua anggota polis dan penjawat awam di hospital ini hanyalah kepada rakyat supaya untuk terus berada di rumah dan tidak keluar jika tiada sebarang keperluan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, semasa sekatan jalan pada hari ini didapati terdapat ramai orang yang berpusu-pusu keluar untuk ke bank bagi mengeluarkan wang ekoran hari gaji.

“Saya harap perkara ini dapat kita lakukan dengan menggunakan teknologi moden,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Faizal turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada khususnya ketika menerima sebarang berita palsu.

Katanya sebarang arahan atau maklumat oleh pihak berkuasa hanya akan dimaklumkan menerusi kenyataan ataupun sidang media rasmi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");