Berita Hari Ini

‘Melampau Sangat Dakwa Ada Makanan Boleh Sembuhkan Covid-19

Tiada produk atau makanan tambahan yang boleh menyembuhkan virus Covid-19 seperti yang tular di Facebook sejak semalam.

Menurut, doktor pakar di Hospital KPJ Ampang Puteri, Dr Rozita Ahmad, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah mengeluarkan sebarang senarai dan maklumat mengenai makanan atau minuman yang boleh menyembuhkan virus itu.

“Ubat anti-malaria, chloroquinemerupakan ubatan yang digunakan untuk merawat pesakit Covid-19,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini bagi mengulas isu itu.

Semalam, tular di Facebook seorang penjual minuman tambahan mendakwa dua orang pesakit Covid-19 telah sembuh setelah meminum produk itu selepas lapan hari positif virus tersebut.

Mereka mendakwa kandungan produk yang terdiri daripada buah camu-camu itu mempunyai Vitamin C yang tinggi dan mampu meningkatkan sistem imunisasi seseorang.

Hantaran itu telah dikongsi di satu laman Facebook yang bernama Khairul Yoi yang mengecam tindakan overclaim oleh peniaga tersebut.

“Melampau sangat overclaim tu. Kalau betul bagi kepada KKM. Tak payah frontliner (barisan hadapan) bertungkus-lumus,” komen pengguna Facebook bernama Liyana Shafihi.

Kata Dr Rozita, pengambilan Vitamin C bukan satu jaminan menyembuhkan virus itu tetapi ia hanya sebagai pencegahan untuk meningkat imunisasi seseorang yang belum dijangkiti.

“Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, paru-paru dan jantung berisiko tinggi untuk dijangkiti.

“Mereka juga susah untuk sembuh akibat sistem antibodi yang lemah,” jelas pakar mata itu.

Pakar Perunding Perubatan Maternal dan Fetal, Hospital KPJ Damansara, Dr Imelda Balchin dalam Facebook miliknya turut berkata jangan mendengar apa-apa testimoni atau pendapat yang tidak berdasarkan fakta kajian perubatan.

“Sila rujuk laman sesawang KKM atau WHO untuk sebarang garis panduan dan nasihat berkaitan Covid-19,” tulisnya.

Selain makanan tambahan, terdapat juga pengasas-pengasas produk kesihatan yang menjual sabun khas Covid-19, madu rukyah yang kononnnya boleh menyembuhkan virus Covid-19 serta hand sanitizer (cecair pembasmi kuman) organik.

Bagaimanapun ramai warga maya yang menyelar tindakan itu dan seorang doktor pakar, Dr Rafidah Abdullah, turut memuat naik satu hantaran di Facebook meminta peniaga produk atas talian dan makanan tambahan tidak mengambil kesempatan ke atas kesempitan masyarakat sekarang.

Setakat jam dua petang hari ini, Malaysia telah mencatatkan 1,306 kes Covid-19 dengan 11 kematian dan 139 telah sembuh daripada virus itu memetik MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");