Perak Hari Ini

Pelantikan Exco Perak Dilaksanakan Selepas PKP – MB

IPOH: Undang-undang Tubuh Negeri Perak tidak menetapkan bilangan tempoh tertentu dalam urusan melibatkan pelantikan Exco Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pada ketika ini kerajaan negeri memberi penumpuan penuh dalam mengekang penularan wabak Coid-19 yang sedang melanda negara.

Menurut beliau, apabila wabak itu dapat dikawal dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik kelak, proses pelantikan Exco baharu akan dilaksanakan.

“Kebetulan pula, penularan Covid-19 ini berlaku pada ketika negara dan negeri ini sedang berdepan dengan peralihan pentadbiran kerajaan.

“Alhamdulillah, keadaan politik negeri kembali tenang selepas selesai pelantikan Menteri Besar yang ke-13 pada 13 Mac yang lalu.

“Begitu pun, perancangan untuk melantik Barisan Exco negeri yang baru terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksanaan PKP, lima hari selepas saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

“Ada pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan tanggapan bahawa negeri ini masih tidak mempunyai kerajaan.
“Saya ingin jelaskan di sini, dengan pelantikan saya sebagai Menteri Besar ke-13, kerajaan negeri Perak dapat berfungsi sepenuhnya,” katanya.

Jelas beliau lagi hal ini kerana pentadbiran negeri masih dijalankan oleh ketua jabatan masing-masing melalui punca kuasa dari undang-undang berkaitan.

Katanya kerjasama erat antara beliau dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan kesemua anggota pentadbiran membolehkan beliau mengemudi operasi pentadbiran negeri dengan lancar.

“Sewaktu PKP, operasi pentadbiran berkisar di Bilik Gerakan dan urusan seharian tertumpu kepada perihal perkhidmatan kepada rakyat yang memerlukan bantuan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Khas Menteri Besar Perak, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");