Panasnya Hari Ini

Pensyarah Mohon Maaf Kerana Fitnah Guan Eng, DAP

KUALA LUMPUR: Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abdul Muein Abadi hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Lim Guan Eng dan DAP atas pernyataan fitnah yang dibuat terhadap setiausaha agung parti itu.

Memetik Malaysiakini, permohonan maaf itu dibuat berhubung artikel yang ditulis pensyarah berkenaan bertajuk “Hubungan sulit DAP, Pengganas LTTE dan Zionist Israel”.

Menerusi status yang dimuat naik di Facebooknya hari ini, Muein berkata permohonan maaf kepada Lim dibuat atas kapasitinya sebagai menteri kewangan, anggota parlimen Bagan dan Adun Air Putih.

“Pernyataan maaf saya kepada YB Tuan Lim Guan Eng dan parti DAP adalah tanpa sebarang syarat dan penuh kekesalan.

“Saya juga amat kesal dan kecewa atas sebarang kelukaan kepada perasaan YB (yang berhormat) dan ahli-ahli parti DAP yang diakibatkan oleh pernyataan-pernyataan tersebut.

“Akhirnya, saya umumkan bahawa saya telah pun membayar sejumlah RM3,500 sahaja sebagai kos guaman YB Tuan Lim Guan Eng,” jelasnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang berasingan sebelum ini melepas dan membebaskan 12 individu termasuk dua Adun DAP, daripada pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

Perintah pembebasan itu dikeluarkan selepas dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya bahawa peguam negara telah mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap kesemua tertuduh, mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");