Berita Hari Ini
Like

Permohonan UPU Online Untuk Lepasan SPM Dilanjut 7 April

March 27, 2020
316 Views
0 Comments
1 minute read
Permohonan UPU Online Untuk Lepasan SPM Dilanjut 7 April

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melanjutkan tarikh tutup permohonan kemasukan ke universiti awam (UA) melalui saluran UPUOnline dari 31 Mac kepada 7 April susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, hari terakhir untuk calon membeli nombor UNIK di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan permohonan pula adalah pada 6 April.

“Lanjutan ini hanya diberikan kepada pemohon lepasan SPM sahaja manakala tarikh tutup permohonan kemasukan UPU bagi pemohon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi atau setaraf tiada perubahan dan masih kekal pada 7 April.

“Keputusan itu diambil kerana kementerian memahami kesukaran bagi calon mendapatkan akses internet sepanjang tempoh PKP berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, calon juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat atau info terkini melalui laman rasmi yang disediakan.

“Sebarang informasi terkini atau pertanyaan, sila layari laman rasmi Facebook UPU di https://www.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/ atau tontoni Facebook Live yang diadakan setiap hari dari 23 hingga 27 Mac pada jam 10 pagi dan 3 petang.

“Pegawai-pegawai kami bersedia menjawab sebarang pertanyaan semasa Facebook Live dijalankan,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.