Berita Hari Ini
Like

PKPD: Sungai Lui Dikawal Ketat Pasukan Keselamatan

March 30, 2020
249 Views
0 Comments
1 minute read
PKPD: Sungai Lui Dikawal Ketat Pasukan Keselamatan

HULU LANGAT – Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor bermula tengah malam tadi.

PKPD yang dijangka berakhir 13 April melibatkan 3,918 penduduk merangkumi 700 rumah di tujuh kampung iaitu dua perkampungan orang asli dan lima perkampungan Melayu

Tinjauan Sinar Harian mendapati sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia sedang mengawal sekatan jalan raya di hadapan Dewan Serbaguna Sungai Lui pada jam 9.30 pagi.

Sinar Harian difahamkan dewan berkenaan turut dijadikan sebagai lokasi bilik gerakan dan penyimpanan barangan asas untuk diagihkan kepada penduduk.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan arahan PKPD dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 71 kes positif jangkitan Covid-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz AnNabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui di sini.

Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah itu, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di kawasan berkenaan lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat

Comments are closed.