Perak Hari Ini

Seru PN dan PH Bekerjasama Tanpa Mementingkan Politik Kepartian-MB Perak

KUALA KANGSAR- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyeru kerjasama dari semua pihak terutamanya daripada pihak Perikatan Nasional (PN) dan pihak Pakatan Harapan (PH) dapat memajukan negeri secara bersama tanpa mementingkan politik kepartian.

Bagiamanapun katanya, beliau berasa amat bersyukur ekoran peralihan ini berjalan dengan baik dan mengharapkan sokongan dan dokongan serta kerjasama dari semua pihak

“Alhamdulillahh buat masa ini, saya lihat peralihan ini berjalan dengan baik dan saya sebagai Menteri Besar mengharapkan sokongan dan dokongan serta kerjasama dari semua pihak daripada PN dan pihak PH yang kini berada di kerusi pembangkang untuk kita kerjasama memajukan negeri kita secara bersama tanpa kita terlalu mementingkan politik kepartian.

“Pada saya setakat berjalan dengan cukup baik, saya harap media juga dapat memimpin pemikiran rakyat agar rakyat mementingkan perkara yang lebih utama berbanding perkara berkaitan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menjawab berkenaan langkah kerajaan negeri setelah membentuk satu kerajaan baru semasa satu sidang media di Hotel Casuarina@Kuala Kangsar, hari ini.

Sementara itu katanya, beliau telah menerima maklumbalas yang baik dari rakan-rakan pentadbiran kerajaan yang terdahulu malahan pihak kerajaan PN juga bersikap lebih berlapang dada menerima peralihan yang berlaku pada hari ini.

“Saya lihat rakan-rakan yang bersama saya dalam pentadbiran kerajaan yang terdahulu telah menerima peralihan ini dengan begitu baik, begitu juga saya berasa amat bersyukur kerana rakan-rakan di dalam pentadbiran sekarang ini bersikap lebih berlapang dada menerima perkara ini dengan tidak tergopoh-gapah.

“Saya terbaca satu laporan iaitu ucapan tahniah daripada Perti Amanah Negara kepada saya yang akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak. Saya berasa amat terharu dan ucapkan jutaan terima kasih kepada kekanda saya iaitu Datuk Asmuni Awi selaku Pengerusi Parti Amanah Negeri Perak dan semua rakan-rakan daripada PH dan PN.

“Tentunya kita akan berusaha untuk memastikan apa juga yang kita lakukan demi kepentingan rakyat dan bukan kepentingan mana-mana parti, mana-mana kumpulan ataupun puak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");